Monday, February 21, 2011

Produk baru: Kompak sehebat DSLR

pix_middle
BARU-BARU ini, syarikat pengeluar kamera terkemuka, Nikon memperkenalkan kamera digital kompak model baru yang dilengkapi lensa NIKKOR dengan zum 4.2x sudut lebar yang berkelajuan tinggi.
Berbekalkan resolusi 12.2 megapiksel dan pengesan CMOS, model P300 yang turut mampu merakam video HD Penuh 1080p menggunakan teknologi Pengurangan Getaran Optikal (VR) membantu mengurangkan imej kabur.

Ditambah dengan kelajuan shutter sehingga 3200, P300 yang diketengahkan dikategorikan kamera kompak peringkat pertengahan menggunakan ciri pengesan CMOS baru dan pemprosesan imej EXPEED C2.

Malah, kali ini Nikon memberikan panduan mod yang memberi tunjuk ajar kepada pengguna untuk merakam gambar seperti dikehendaki bersesuaian dengan kegilaan masa kini mempelbagaikan kreativiti si pemakai.


Kali ini, model terbabit dilengkapi ciri yang biasanya didapati pada kamera DSLR termasuk kawalan Aperture Priority (A), Shutter Priority (S), Full Manual (M) ditempatkan di bahagian atas kamera terbabit.

Ia penyelesaian terbaru bidang fotografi dengan kualiti imej yang tinggi serta mudah digunakan dan pantas untuk tidak terlepas sebarang peristiwa istimewa yang sering berlaku dengan cepat.

Saiz 103 ◊ 58.3 ◊ 32mm dengan berat 189g boleh dibawa ke mana-mana terutama sebagai peranti kedua selepas DSLR untuk memudahkan berat ideal pada beg atau tidak membebankan leher yang menggantung kamera terbabit.


>Spesifikasi

PRODUK: Nikon COOLPIX P300
HARGA: anggaran RM1,099
RESOLUSI: 12.2 megapiksel
PENGESAN IMEJ: 1/2.3 CMOS
LENSA: NIKKOR 4.2x optikal zum, 4.3-17.9mm
PAPARAN: 3.0 inci TFT
ISO: 160, 200, 400, 800, 1600, 3200
MEMORI: kad memori SD
TEMPOH RAKAMAN PEGUN: 240 rakaman
DIMENSI: 103 x 58.3 x 32mm
BERAT: 189g

No comments:

Post a Comment