Monday, February 21, 2011

Produk baru: Coolpix P500 zum 36 kali

pix_middle

NIKON tampil lagi dengan kamera yang berkeupayaan melakukan zum optikal sehingga 36 kali yang cukup untuk melengkapkan rakaman sudut lebar dari 22.5mm sehingga 810mm.
Malah, terdapat tiga fungsi yang diperkenalkan untuk menghasilkan imej super termasuk pengesan CMOS bahagian belakang yang merakam sensitivity maksimum, pemprosesan EXPEED C2 baru dan pengesan rakaman tepat serta jelas.

Selain rakaman HD Penuh, model P500 tampil dengan kelajuan lapan kerangka sesaat (fps) yang menggunakan saiz maksimum 12M, 4,000 x 3,000 manakala pengasingan kesan khas turut boleh disaksikan ketika memainkan semula imej dirakam.

Tidak cukup dengan itu, paparan yang ditawarkan cukup cerah dan jelas untuk memaparkan imej dikehendaki walaupun berada di bawah pancaran cahaya matahari terik kerana ia tidak akan memantulkannya pada monitor.


Di samping itu, penggunaan lensa kamera juga membolehkan kita bermain dengan bukaan lensa itu (aparture) sekali gus menghasilkan kesan lebih kreatif. Katakan pengguna menggunakan lensa yang mempunyai bukaan 1.4, kesan kabur pada latar belakang pasti lebih menarik.

Pengguna tidak perlu bimbang untuk memperoleh gambar yang menarik dan bermutu walaupun sebelum ini mereka tidak pernah ‘bermain’ dengan sebarang taktik penggambaran seperti pengubahsuaian dedahan, pemilihan lensa dan penggunaan mod yang betul.


>Spesifikasi

PRODUK: Nikon COOLPIX P500
HARGA: anggaran RM1,299
RESOLUSI: 12.1 megapiksel
PENGESAN IMEJ: 1/2.3 CMOS
LENSA: NIKKOR, 36x zum optikal
PAPARAN: 3.0 inci
STORAN: kad memori SD
ISO: ISO 160, 200, 400, 800, 1600, 3200, AUTO
ANTARAMUKA: USB
BATERI: EN-EL5
JUMLAH RAKAMAN: 220 rakaman
DIMENSI: 115.5 x 83.7 x 102.5mm
BERAT: 494g

No comments:

Post a Comment