Wednesday, February 9, 2011

Komuter kandas

TERKANDAS...sebahagian penumpang perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Rawang yang terkandas petang semalam.
 
TERKANDAS...sebahagian penumpang perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Rawang yang terkandas petang semalam.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Kereta api Tanah Melayu Bhd (KTMB) terpaksa dihentikan sementara operasinya bermula kira-kira jam 6.35 petang semalam sehingga lewat malam tadi berikutan kejadian kabel elektrik terputus di laluan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Pegawai Kanan Koperasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail ketika dihubungi berkata, berikutan masalah itu laluan seperti Bank Negara ke Hentian Putra dan laluan daripada Bank Negara ke Batu Caves dihentikan serta-merta.

“Kami terpaksa menghentikan operasi bagi melakukan kerja baik pulih kabel berkenaan sehingga malam, namun laluan di Kepong ke Rawang masih boleh digunakan seperti biasa, tetapi hanya satu laluan dibuka.

“Laluan lain seperti Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dan daripada Kuala Lumpur ke Seremban masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, kerja membaik pulih kabel perkhidmatan itu giat dijalankan dan dijangka siap secepat mungkin.

“Saya percaya kerja membaik pulih ini akan siap menjelang tengah malam ini (tadi) dan akan mula beroperasi esok pagi (hari ini),” katanya.

Mohd Fazil berkata, KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan itu atas segala kesulitan dialami.

No comments:

Post a Comment