Tuesday, February 8, 2011

Jejantas RM10 juta dibuka semalam


 
KEMUDAHAN BARU...jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC kini dibuka.
 
KEMUDAHAN BARU...jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC kini dibuka. 
 
TINJAU...Raja Nong Chik (kanan) dan Hashim  meninjau laluan pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Hotel Impiana, semalam.
 
TINJAU...Raja Nong Chik (kanan) dan Hashim meninjau laluan pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Hotel Impiana, semalam.
KUALA LUMPUR: Pejalan kaki di sekitar Jalan Pinang/Kia Peng, di sini, kini boleh menggunakan jejantas baru yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC selepas ia dibuka kepada awam secara rasminya, semalam.
Projek kelolaan KLCC (Holdings) Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah projek fasa pertama yang memulakan operasi pembinaannya pada April tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Hashim Wahir, berkata jejantas sepanjang 142 meter dan bernilai RM10 juta itu dilengkapi kemudahan mesra pengguna.
“Selain sebuah jejantas pejalan kaki tertutup, ia dilengkapi penyaman udara, kamera litar tertutup (CCTV), tangga bergerak dan lif di hujung kedua-dua bangunan,” katanya.

Hashim berkata, fasa kedua projek itu akan diteruskan dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Projek itu turut menghubungkan bangunan ke bangunan di sepanjang Jalan Perak, Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail dan yang akhirnya akan menyambungkan Bukit Bintang ke KLCC,” katanya pada majlis perasmian jejantas baru itu di sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

No comments:

Post a Comment